Alhamdulillah dah masuk bulan ke 4 tahun 2013. Pejam celik..pejam celik dah bulan 4 dah.. Nasib baik pejam dan celik..Kalo pejam terus macam mana. Tu tanda Allah masih lagi bagi masa..bagi peluang untuk aku perbaiki diri yang hina ni ke arah yang lebih baik.
Ya Allah dalam sedar xsedar cepatnya masa berlalu. 2 tahun kebelakangan ni cepatnya masa berlalu tapi aku masih di takuk lama.Kehidupan aku xde apa yang berubah sangat pun. Yang berubah cume tempat kije. Bila aku tengok kehidupan orang lain baru aku tau cepat nya masa berlalu..
Kawan-kawan yang single kebanyakan aku kenal 2 tahun lepas.. kebanyakan dah kawen.. Kawan2 yang dah kawen 2 tahun lepas dah dapat anak doh. Cepatnya masa berlalu.. Ramai kawan-kawan yang dah bertukar status,ada yang dah jadi suami orang, ada yang dah jadi isteri orang, ada yang dah jadi mak orang, dan ada yang bergaji besar..
Xpelah itu hidup orang lain.. Hidup aku..aku xtau lagi macam mana.. Namun aku masih bersyukur atas apa yang aku miliki sekarang. Allah lebih tau yang aku ni masih tidak layak untuk memiliki apa yang aku inginkan. So bersabarlah wahai hati dan berusahalah.. Dalam masa 2 tahun ni jugaklah macam2 ujian datang. Kadang2 rasa tersangat down tapi Alhamdulillah aku masih mampu terima ujian tu. Dengan datangnya pelbagai ujian baru aku sedar yang Allah sentiasa bersama hamba2nya. Allah xakn menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.
Yang penting berbuat baiklah selagi hidup di dunia ni. Buat baik di balas baik. Buat Jahat di balas jahat. Mungkin kita xdpt balasan di dunia tapi balasan di akhirat itu PASTI. Buat baiklah sesama makhluk.. Jangan menipu, jangan mencuri, jangan membunuh, dan jangan buat2 benda2 yang tak baik..Hidup kita ni mmg xlama. Entah esok entah lusa kita mati.. Kita xtau. Sume orang tau jodoh tu rahsia Allah.. Tapi ramai yangt lupa Yang MATI tu rahsia ALLAH. KAlo kita tau esok kita nak mati konfirm ramai yang xingat dah pasal jodoh. Sumenya ingat MATI.
Bila kita berusaha nak jadi baik , Allah akan datangkan orang-orang yang baik dan jodoh yang baik. KAlo nak jodoh yang baik kenalah jadi baik.. Tak dinafikan kadang-kadang aku rasa penat buat baik gn orang. Bila kita baik sangat gn orang, orang akan pijak kepala kita. orang xhargai kita, orang tipu kita. Tipulah kalo xrasa sakit hati..Aku pun manusia biasa ofkos akan sakit hati dan sedih. Tapi bila aku ingat setiap inci apa yang aku laui ni adalah ujian Allah . Buat baik bukan nak mengharapkan pujian dan penghargaan daripada manusia. Cuma aku harap bila aku susah mcm dorang Allah akan bg seseorang yang membantu aku. Aku percaya pd konsep buat baik di balas baik.
usia dah makin bertambah..:)
ReplyDeletetulah usia bertambah..duit berkurang.. :)
ReplyDeletehaha...duit g mana tu?
Deleteentahla..duit mengalir macam air..xtau beli apa..ujung bulan mesti bkurang.. hihihi
ReplyDeletehanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang.. yang penting terus melangkah ke hadapan dan jangan berputus asa.. :)
ReplyDeletetulah..omputih kata better late than never.. :)
ReplyDeletesama2 kita perbaiki diri.. sikit2 lama2..inshaAllah.. akan dapat apayg kita nak.. :)
ReplyDeleteAssalammualaikum....yati,
ReplyDeleteKita sebagai hamba-Nya jangan berhenti berharap dan berdoa k...
Percayalah sesungguhnya percaturan Allah ada yang terBAIK daripada percaturan manusia ini. Manusia hanya tahu meminta daripada pencipta-Nya. Tetapi "Pencipta" Maha Mengetahui atas segala urusan atas hamba2-Nya.
mselim3
pls:Manusia minta Rama-Rama tapi Allah cipta telur-ulat beluncas-kepompong-akhirnya barulah terhasilnya Rama-Rama yang cantik. Begitulah contohnya , dalam kehidupan ini kita sering hendakkan keputusan "segera" tetapi Allah memberi pada masa yang sesuai dengan masa dan ketikanya.
Lepas tu apa lagi....syukurlah dengan mengucapkan "Alhamdulilah" ..
sorry mselim3 membebel pulak hehehehe....
Salam perkenalan dan persahabatan....
Waalaikumsalam...
ReplyDeleteTerima kasih MSelim3 dan cik bluewendy..Allah lebih tau yang saya belum layak untuk dpt apa yang saya nak....Salam kenal jugak untuk semua.. :)
sy suka dengan entri ni....jujur dan tak berpura2...apa2 pun sy doakan hajat yati akan tercapai satu hari nanti...insya allah...
ReplyDeleteThanks hatimi...time kasin suka dgn entri merapu ni..sy suka merapu dengan apa yang sy rasa but merapu2pun sume nya kena mgena gn hidup sy... salam perkenalan...selamat ber blogging.. :)
ReplyDeleteSama. Sy pon rasa x byk yg berubah, rasanya, sy 3 tahun lepas dgn sekarang adalah masih sama! Cuma mungkin skrg sy ada perubahan dr segi komunikasi sikit, tp insyaAllah moga Tuhan bukakan kita jalan untuk menjadi seorg yg lebih bguna, dan moga dipermudahkan impian kita.
ReplyDeleteBetul tu.. iha masih rasa baru je lagi jadi penganggur.. tapi bila tgk adik makin membesar baru iha perasan "laa dah lebih setahun aku maintain mcm ni" apapun moga kita sentiasa berhijrah dari semasa ke semasa.. :)
ReplyDeleteBila kita tgk diri kita..kita xsedar masa berlalu gn cepat..bila tgk khidupan org lain baru kita sedar..
ReplyDeletebetul betul... dina pon tak sedar dah masuk bulan 4... rase macam kemaren je baru habes UPSR.
ReplyDelete#sedih pon ade rase jugak. Tapi tu semua takdir Allah. Kita diberi tugas untuk manfaatkan masa yang ada. =)
hehe..macam tu lah kehidupan.. =) cpatnya masa berlalu kan
ReplyDeletemasa cepat berlalu..kita banyak fikirkan hal dunia..terlupa utk masa patut kita luangkan utk si Dia.. hehe
ReplyDelete