Friday, 15 August 2014

JANGAN BERSEDIH JIKA ANDA GAGAL

ANDA SEMUA PERNAH GAGAL?

Jika ya, tahniah. Kerana , kegagalan itu adalah salah satu pembuka jalan menuju kejayaan. Tetapi ada syaratnya, setelah gagal, bukan hanya berserah, menyerah ,pasrah dan redha. Kita perlu bangkit dan belajar dari kegagalan lalu itu dan menuju kejayaan yang diimpikan. Ketahuilah bahawa setiap orang yang sedang berusaha, pasti pernah merasai kegagalan

Kegagalan dan kejayaan adalah dua perkara yang saling melengkapi. Setiap orang yang ingin berjaya haruslah tahu, bahawa saat-saat kegagalan itu pasti ada. Yang tidak kita ketahui, hanyalah bentuk kegagalan itu, waktu kegagalan itu tiba, dan sebesar manakah kegagalan yang akan ditempuh itu. Apa yang penting, bukanlah sekadar mencari jalan menuju kejayaan, tetapi juga mencari punca penyebab kegagalan. Rasulullah SAW, pernah berpesan “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya”.

Bagaimana mungkin, kita dapat mengelakkan kegagalan yang seterusnya tanpa mengetahui sebab kegagalan yang terdahulu? Mengambil ’ibrah atau pengajaran dari kegagalan adalah pelajaran yang amat memberi kesan kepada setiap yang mengalaminya. Lihat saja, berapa ramai yang pernah gagal, dan akhirnya berjaya dengan jayanya?


Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni sering saja menemui kegagalan. Ada yang gagal dalam pelajaran ada yang gagal dalam perkahwinan, ada yang gagal dalam percintaan, ada yang gagal dalam kerjaya dan ada juga yang gagal dalam hidup. Realitinya kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada kegagalan kerana Allah S.W.T ingin kita belajar daripada setiap kegagalan. Daripada kegagalan itu sendiri kita akan bangkit untuk menuju kejayaan. Sama ada kita sedar ataupun tidak sebenarnya kegagalan adalah merupakan pintu dari sebuah kejayaan yang tertunda. Kegagalan adalah perkara biasa bangkit daripada kegagalan adalah perkara yang luarbiasa.


Mungkin anda juga sama seperti saya, saat ketika menemui kegagalan dia atas apa yang kita harapakan kita akan rasa down give up dan seolah-seolah dunia seakan-akan mahu berakhir. Realitinya bukan mudah untuk menerima kegagalan dengan hati yang terbuka. Bayangkan saat kita diterpa kerugian, bankrup, penolakan, penilaian buruk, dianggap tidak berprestasi rasanya seperti semuanya sudah berakhir dan kita merasa tidak layak untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Jangan cepat tersungkur wahai sahabatku. Terimalah sebuah kegagalan sebagai satu benda yang positif. Ketahuilah bahawa sebenarnya anda tidak gagal tetapi belum tiba masanya untuk anda menerima kejayaan. Bak kata orang putih BETTER LATE THAN NEVER

Kenapakah Allah menguji kita dengan menghadiahkan sebuah kegagalan? Kegagalan itu adalah satu anugerah untuk kita. Jadikan gagal itu sebagai sebuah pengetahuan. Kegagalan harus dilihat dari gambaran besarnya, bukan dari pandangan sempit.Jangan sesekali melihat kegagalan adalah salah satu peristiwa malang yang menimpa diri. Lihatlah kegagalan itu sebagai sebuah peristiwa yang terhubung dengan sebuah kejayaan.

Pada prinsipnya kegagalan itu memang harus terjadi, karena kegagalan itu dalah sebuah tangga yang harus dipijak untuk menuju langkah berikutnya. Seperti contohnya kita hendak mendaki sebuah bukit. Untuk sampai ke puncak bukit, adakah kita mampu memeberi jaminan bahawa kaki kita tidak akan luka atau sakit ketika mendaki. Adakah mendaki bukit begitu mudah seperti yang anda sangka. Adakah mendaki bukit begitu mudah seperti menuruni bukit. Hendak menuju ke puncak bukit kita harus terus melangkah melalui apa saja halangan di hadapan. Jika kita berhenti melangkah dan melalui halangan di hadapan kita tidak akan samapai ke puncaknya. Ertinya, jangan berhenti di tangga kegagalan jika kita ingin sampai di tujuan. Yakinilah bahwa kegagalan itu adalah sebuah keharusan yang kita tidak relakan dalam perjalanan menuju kejayaan. Untuk membuktikan bahwa orang-orang yang berhasil itu tidak berhenti pada kegagalan yang menimpanya, berikut sebuah fakta yang pernah dialami oleh orang-orang yang dianggap berjaya di bidangnya masing-masing. Diharapkan kita semua dapat ambil iktibar di atas cerita cerita kegagalan yang mereka alami.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...